KPTD terima 40 unit kereta peronda Honda Civic

3661

Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) hari ini menerima sejumlah 40 unit Honda Civic 1.8 S untuk kereta peronda.

Penyerahan itu disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain di Padang Kawad Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT), Kem Genting Klang, Kuala Lumpur hari ini.



PTD telah menyerahkan replika kunci kepada Brig Jen Dato’ Hj Mislan bin Anuar selaku Pengerusi KPTD sebagai simbolik kepada penerimaan kereta peronda yang julung-julung kali diterima di dalam perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) terutamanya untuk KPTD.

Perbarisan statik bersama kenderaan terdiri daripada 10 pegawai dan 80 anggota lain-lain pangkat diketuai oleh Lt Kol Shamsulkamar bin Hj Ismail, Ketua Operasi Cawangan Provos Marsyal ATM, Penolong Ketua Perbarisan adalah Mejar Mohd Taufik bin Md Shaid daripada 48 Cawangan Siasatan Jenayah (48 CSJ) KPTD dengan diiringi oleh Pancaragam Pusat Rejimen Renjer Diraja di bawah pimpinan Mej Abdul Aziz bin Abdullah.

Sepanjang acara berlangsung, para tetamu dan hadirin yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kawalan dan pencegahan Covid-19 sepertimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

TDM khususnya KPTD menerima sebanyak 40 buah kereta peronda jenis Honda Civic 1.8 S secara sewaan daripada Syarikat SPANCO Sdn Bhd.

Perolehan kereta peronda ini adalah bertepatan dengan keperluan semasa TDM dan salah satu usaha TDM bagi membantu memperkasa keupayaan dan mempertingkatkan keberkesanan pengoperasian KPTD.

Ia juga sejajar dengan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat yang berlandaskan kepada 3 Prinsip dan 5 Tonggak (3P 5T).

Honda Civic 1.8 S dikuasakan oleh enjin 1.8-liter SOHC i-VTEC dengan 141hp dan 174Nm tork, dan dipadankan dengan transmisi CVT Earth Dreams.

Ia dijual pada harga RM109,36.51 (atas jalan tanpa insurans).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here