Mick, anak kepada Michael Schumacher akan ‘beraksi’ di litar Mugello memandu jentera ayahnya

1383

Mick Schumacher, anak kepada lagenda Formula 1, Michael Schumacher akan memandu jentera perlumbaan yang pernah digunakan oleh ayahnya pada tahun 2004 menjelang Grand Prix Tuscan.

Mick Schumacher

Bertempat di litar Mugello, pemanduan ini bertujuan untuk meraikan penampilan ke-1,000 pasukan Ferrari dalam acara Formula 1.



Jentera perlumbaan yang digunakan tersebut sangat istimewa, kerana pernah membawa Michael Schumacer memperoleh gelaran dunia ketujuh, yang juga gelaran juara dunia terakhirnya.

Mick, 21, yang merupakan ahli dari Ferrari Driver Academy memperoleh kemenangan Feature Race pertamanya di acara Formula 2 yang berlangsung di litar Monza, Itali. 
 

Ferrari merupakan pasukan tertua dan paling berjaya dalam sukan ini juga merupakan satu-satunya pasukan yang bertanding dalam setiap musim sejak tahun 1950.

Ini bukanlah kali pertama Mick Schumacher memandu jentera tersebut, kerana dia juga pernah memandunya di Hockenheim tahun lalu, sebelum Grand Prix Jerman.

Ferrari juga menyertakan warna retro khas untuk jentera perlumbaan Sebastian Vettel dan Charles Leclerc iaitu SF1000, dalam perlumbaan hujung minggu ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here