Setelah topi keledar, kini penutup enjin jentera Formula 1 Michael Schumacher akan dilelong

1126

Michael Schumacher dianggap sebagai salah satu pelumba dengan nama besar dalam sejarah Formula 1 dan juga yang paling berjaya dalam sejarah sukan dunia.

 Formula 1 Michael Schumacher

Tidak menghairankan, barang-barang yang berkaitan dengannya selalu diburu oleh para pengumpul.



Bagi peminat Michael Schumacher, ini adalah peluang untuk menambah lagi koleksi dari legenda yang memegang rekod juara dunia Formula 1 sebanyak tujuh kali itu.

Dipetik dari gridoto.com, salah satu komponen dari jentera yang dipandu oleh Michael Schumacher kini tersedia di acara lelongan.

 Formula 1 Michael Schumacher

Item yang akan dilelong adalah cover atau penutup enjin Ferrari F2004. Penutup enjin yang diperbuat daripada gentian karbon ini tidak lagi disatukan pada jenteranya untuk tujuan acara lelongan.

Komponen yang akan dilelong ini mempunyai dimensi 173cm panjang, 139cm lebar, dan 81cm tinggi.

Warna merah yang merupakan warna kebanggaan pasukan Ferrari dan pelekat penaja pada musim Formula 1 2004 masih ada pada penutup enjin ini. Hal ini pasti akan menarik perhatian para pengumpul.

Bukan itu sahaja, penutup enjin ini mempunyai sejarah penting, yaitu membantu Michael Schumacher muncul juara pada Grand Prix Perancis dan Grand Prix Jerman. Seterusnya menjadi juara dunia pada tahun 2004.

Penutup enjin ini kini sedang berada di rumah lelongan Bonhams dengan harga dianggarkan sekitar USD1,500 hingga USD2,500 yang bersamaan dengan RM6,322-RM10,537. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here