Pencuri tebuk dinding untuk curi Ducati Panigale V4 R

2433

Ada saja cara yang dilakukan oleh pencuri untuk mencuri. Kali ini pencuri motosikal jenis superbike bertindak dengan cara menebuk lubang pada dinding di pusat jualan motosikal di Amerika Syarikat untuk mencuri sebuah Ducati Panigale V4 R.

Ducati Panigale V4 R

Kes kecurian tersebut berlaku pada 19 Februari 2020 kira-kira jam 10 malam waktu tempatan. Pencuri berjaya mengelak dari dikesan oleh alat penggera pusat jualan Moto Rapido Ducati yang berpangkalan di Winchester.



Setelah berjaya menebuk lubang, superbike tersebut telah dibawa keluar. Sekiranya dilihat pada lubang yang ditebuk, sudah tentu bahawa superbike yang berharga USD39,995 atau bersamaan dengan RM168,658 ini telah rosak.

Ini kerana lubang yang ditebuk adalah lebih kecil berbanding dengan saiz superbike yang dicuri itu.

Kejadian ini dikesan pada keesokan harinya oleh para pekerja premis itu. Walaupun begitu, pemilik pusat jualan, Steve Moore nampaknya tidak mengesyaki dan mencurigai para pekerjanya.

Ducati Panigale V4 R

Ia disokong oleh rakaman kamera pengawasan litar tertutup (CCTV) yang dimiliki oleh bangunan sebelahnya yang tidak menunjukkan ciri-ciri orang dalam yang terlibat.

Tetapi apa yang membuat Moore terkejut adalah pencuri tidak mencuri motosikal yang lebih berharga daripada Panigale V4 R.

Menurutnya, di sebelah jentera yang dicuri itu terdapat motosikal keluaran edisi terhad yaitu Ducati Demosedici RR. Jentera ini lebih mahal 2 kali ganda dari Ducati Panigale V4 R yaitu berharga sekitar USD 72,500 atau bersamaan dengan RM305,732.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here