Brunei Darussalam jadi pasaran eksport pertama Proton X70 CKD

2216

SUV terlaris di Malaysia, Proton X70 2020 telah dilancarkan di Brunei pada hari Ahad 6 September lepas.

Pada tahun 2019, Brunei menjadi pasaran eksport pertama untuk menerima Proton X70 dan kini, ia sekali lagi menjadi pasaran eksport pertama untuk model 2020 yang dibina di Tanjung Malim.



Sama dengan model sebelumnya, Proton X70 2020 mempunyai tiga varian (Standard, Executive dan Premium X) untuk pasaran Brunei dan akan dijual dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Proton X70 kekal sebagai SUV pilihan utama di Malaysia

Sejak pelancarannya pada Februari lepas, Proton X70 2020 merupakan pilihan paling popular di kalangan pembeli SUV di Malaysia.

Pada akhir bulan Ogos 2020, sebanyak 12,732 unit telah dijual bersamaan dengan 25.9 peratus pegangan pasaran SUV di seluruh Malaysia.

Model pendahulu Proton X70 termasuk dalam tiga tempat teratas bagi segmennya di Brunei, walaupun ia dijual selama setahun sahaja.

Brunei tidak terlepas dari pandemik Covid-19 tetapi jumlah jualan industri automotif pada akhir bulan Julai telah berjaya mencatatkan jualan sebanyak 7,609 unit, menunjukkan trend jualan yang setanding dengan jumlah jualan tahun lepas.

“Proton teruja dengan model Proton X70 CKD yang dilancarkan di pasaran eksport pertama kerana jualan eksport memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan jumlah jualan keseluruhan syarikat,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar.

“Kami yakin bahawa kombinasi ciri-ciri inovatif serta peralatan keselamatan yang menyeluruh pada X70 baharu ini akan berjaya menarik perhatian pembeli kereta bukan saja di Brunei, malah di mana-mana pasaran di seluruh dunia,” tambahnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here