Mengapa brek belakang penting dalam MotoGP dan pelumba menggunakan brek ibu jari?

2755

Pelumba motosikal lebih selesa menggunakan brek depan bahkan dalam beberapa kes brek belakang jarang sekali digunakan pada lap pertama.

Bagaimanapun, kehadiran ciri peralatan elektronik termaju dan penggunaan ECU tunggal pada jentera MotoGP menjadikan kegunaan brek belakang semakin penting.



Menurut analisis rookie MotoGP (2021), Jorge Martin dan ketua kru, Daniele Romagnoli, brek belakang memaksimumkan kelajuan dan menawarkan stabiliti. 

Daniele Romagnoli menjelaskan fungsi awal brek belakang adalah sebagai strategi membrek darurat sekiranya brek depan bermasalah dan lebih ekstrim ia tidak berfungsi.

BACA>>Brek tak makan jadi punca Honda Scoopy ini mendarat atas atap rumah

Selain itu, Romagnoli menambah brek depan tidak cukup untuk menghentikan motor sehingga memerlukan bantuan brek belakang dan memanfaatkan rear-back-torque di samping, bagi mengendalikan kedudukan motor.

Misalnya, kita boleh lihat banyak pelumba melakukan slide roda belakang untuk mengubah arah motor dan bagi mendapatkan powerslide ini biasanya mereka menggunakan brek belakang.

Ini banyak dilakukan pada motor dengan konfigurasi enjin yang memerlukan gaya tunggangan selekoh bentuk V. Menerusi fungsi ini, pelumba masih memerlukan tuil brek belakang di kaki kanan ketika condong mengambil selekoh kiri atau kanan.

BACA>>Baby Alien kekal pelumba MotoGP termahal, Iker Lecuona (KTM) terima gaji paling ciput tak sampai sejuta

RASA SEIMBANG

Sementara, Jorge Martin mengulas menggunakan brek belakang memberikan rasa seimbang yang berbeza, salah satunya ketika melakukan pecutan yang mana brek belakang akan menghadirkan  CoG (Center of Gravity).

Kedudukan alat untuk mengendalikan brek belakang jentera MotoGP tidak hanya ditempatkan pada perehat kaki kanan seperti motor biasa umumnya. Ada juga yang  menawarkan operasi brek ibu jari pada bar hendal kiri. 

Mengapa ia dinamakan sebagai brek ibu jari (thumb brake), kerana operasi memang menggunakan ibu jari kiri. Peralihan menggunakan brek ibu jari ini disebabkan kecederaan kaki kanan yang dialami oleh Mick Doohan sehingga HRC mencari alternatif operasi brek belakang menggunakan ibu jari bukan lagi kaki.

Ini kerana ketika pelumba mengambil selekoh ke arah kanan, darjah kedudukan hujung tumit depan but kanan sangat kecil sehingga menyukarkan mereka membrek dengan kaki. 

KEPENTINGAN BREK IBU JARI

Romagnoli menambah brek ibu jari sangat penting dalam menghadirkan stabiliti walaupun tekanan tidak sekuat dilakukan kaki kanan namun tekanan yang disalurkan ibu jari lebih teratur berbanding kaki kanan.
 

Tambahnya, gaya membrek kaki juga akan dipengaruhi oleh keadaan trek yang tidak rata. Ketika melalui permukaan bumpy, akan membuatkan pijakkan kaki kanan kurang stabil.

Namun situasi bumpy di trek ketika mengambil selekoh tidak akan banyak mempengaruhi gaya membrek dengan ibu jari. 

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here