Brek tak makan jadi punca Honda Scoopy ini mendarat atas atap rumah

455

Sebuah Honda Scoopy yang ditunggang oleh seorang wanita mendarat di atas bumbung rumah penduduk di Desa Argosari, Distrik Senduro, Kabupaten Lumajang, Jawa Timur, Indonesia.

honda scoopy
Honda Scoopy

Menurut Ketua Unit Polis Trafik Lumajang, Ipda Loni Roy, ketika kejadian Honda Scoopy tersebut ditunggang oleh Yatimah (35), seorang wanita dari Desa Ranulogong, Kabupaten Randuagung bersama rakannya, Jumawati (37).

“Mangsa menunggang motosikal dari barat ke timur di jalan menuruni bukit. Ketika membelok ke kiri jalan, brek skuter tersebut mengalami masalah dan gagal berfungsi.

“Skuter tersebut kemudian tidak dapat dikawal dan akhirnya mendarat di atas atap sebuah rumah penduduk,” katanya.

Jumlah kerugian dianggarkan bernilai 2 juta rupiah (RM580). Mangsa bersama rakan rakannya mengalami cedera ringan dan dibawakan ke hospital untuk menerima rawatan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by WAHANA BALAP (@wahanabalap)

Tiada individu lain termasuk penghuni rumah cedera dalam kemalangan tersebut.

Polis dengan bantuan sukarelawan dan masyarakat setempat berjaya membawa turun skuter tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here