Iklan Raya Petronas 2021 persembahkan semangat perayaan bersama jiran tetangga

2977

Seperti biasa menjelang perayaan, Petronas mempersembahkan iklan-iklan mereka yang menarik dan menyentuh hati rakyat Malaysia.

Terbaharu untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri 2021, syarikat petroleum nasional itu memeriahkan perayaan ini dengan Webfilm istimewa bertajuk Syukur Raya. Ianya kisah berkenaan kebaikan dan kesyukuran yang diceritakan dengan seloka menghiburkan.



Syukur Raya dinyanyikan oleh seekor burung tekukur bernama Syuk-kur, gabungan nama ‘syukur’ dan ‘tekukur’.

Burung itu menjadi saksi untuk semua yang berlaku di Taman Bawang, iaitu kawasan kejiranan dalam Webfilm ini.

Kisah bermula dengan watak utama, Poji yang merasa homesick (rindu kampung halaman). Anak muda yang rajin itu terlalu rindukan kampungnya sehingga terbayang jiran garangnya, Mak Jah seperti emaknya sendiri.

Terpaksa mengorbankan perayaan bersama keluarga kerana faktor kesibukan bekerja, Poji dan rakan serumahnya ‘terpaksa’ bersyukur dengan sambutan serba kekurangan.

Perkara ini berubah apabila Mak Jah membuat kejutan dengan berkongsi rendang yang dimasaknya, dan perkara itu berubah menjadi suatu sifat kebersamaan dalam masyarakat.

Melalui Webfilm ini, Petronas mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama menghayati semangat musim perayaan ini walaupun PKP sedang berlangsung disebabkan pandemik Covid-19.

Ia mengingatkan kita bahawa Hari Raya masih boleh disambut walaupun tanpa kemeriahan yang menjadi kebiasaan kita sebelum ini.

Anda boleh tonton Webfilm berikut di bawah ini:

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here