Proton Iswara Aeroback hangus terbakar gara-gara budak main mercun

2269

Bunga api dan mercun sudah menjadi perkara biasa jika tibanya bulan Ramadan, dan bahan letupan ini dimainkan oleh semua golongan tidak kira muda ataupun tua.

gambar hiasan

Namun, tidak dapat dinafikan, kes tidak diingini yang melibatkan penggunaan mercun dan bunga api oleh kanak-kanak tanpa pemantauan orang dewasa sering terjadi. Kes terbaharu berlaku di Kelantan baru-baru ini.

Malang tidak berbau, seorang lelaki berdepan kisah yang sudah pasti diingat sampai bila-bila apabila Proton Iswara Aeroback miliknya rentung di hadapan rumahnya. 



Melalui perkongsian yang dimuat naik melalui akaun Facebook IRDF (Kelantan) Original, kejadian ini difahamkan berlaku di Alor Pasir, Wakaf Bharu, dan dikatakan berpunca daripada anak lelaki itu yang bermain mercun lalu tercampak ke dalam kereta.

Ketika kejadian, si ayah difahamkan baru sahaja keluar dari rumah untuk mencari kayu bagi membakar lemang. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapat panggilan telefon daripada isterinya mengenai kejadian itu.

Bernasib baik, api kebakaran itu tidak sampai ke rumah keluarga tersebut, selain ianya berjaya dipadamkan oleh pihak bomba.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here