PDRM keluarkan 28,919 saman rentas sempadan dalam tempoh seminggu

1069

Masih ramai yang cuba nasib merentas negeri. Ini terbukti apabila sebanyak 28,919 saman dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada pengguna jalan raya dalam Pra Op Rentas bermula 3 Mei sehingga 9 Mei lalu.

saman PDRM
gambar hiasan

Menurut Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, saman yang dikeluarkan itu membabitkan pelbagai kesalahan termasuk cubaan merentas negeri.

Katanya, hanya empat saman berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Op Covid-19 dan satu individu ditahan.



“Ia membabitkan pemeriksaan terhadap 21,977 kenderaan. Pemandu di Selangor negeri paling banyak dikenakan saman iaitu 6,854 diikuti Johor 3,681 dan Pahang 3,212.

“Sepanjang tempoh pra Op itu diadakan, kami mendapati jumlah kemalangan meningkat tetapi kemalangan maut menunjukkan sedikit penurunan,” tambah Mohd Nadzri.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here