WMoto perkenal kapcai WM110 versi naik taraf, harga RM3k

1991

Wmoto memperkenalkan kapcai WM110 yang menerima kemas kini daripada segi warna dan grafik.

Motor tersebut didatangkan dengan corak baharu bersama warna badan lebih menyerlah iaitu merah, biru dan hitam.

Sudahpun berada di pusat jualan sah MForce seluruh negara, harga jualan WM110 adalah RM3,788 seunit.



Bagaimanapun kapcai tersebut hanya mengalami perubahan penggayaan manakala aspek mekanikal masih kekal sama yang mana menggunakan enjin 109cc yang menghasilkan kuasa 7.1hp @ 8,000rpm dan tork 7.2Nm @ 6,000rpm.

BACA>>Cuba nasib, pemilik nak jual Honda EX-5 pada harga RM15k

Kapasiti tangki minyak sebesar empat liter sesuai untuk kegunaan harian yang mana di atas kertas rekod kecekapan penggunaan bahan api adalah 55km/l dengan kelajuan purata 80 hingga 90kmj.

Selain itu, WM110 menggunakan suspensi jenama Kayaba (KYB) yang memberikan tahap prestasi pengendalian kestabilan lebih baik.

BACA>>Lelaki Vietnam ini mahu tolak Super Cub 82 pada harga RM93k, dah boleh beli CB1000R sebiji!

Kemudian ia dilengkapkan dengan brek cakera pada roda depan dan brek dram di belakang. Kapcai tersebut dilengkapi dengan lampu depan terang sebagai ciri-ciri keselamatan ketika menunggang di waktu malam. 

WM110 didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings.

GALERI
 
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here