Lelaki Vietnam ini mahu tolak Super Cub 82 pada harga RM93k, dah boleh beli CB1000R sebiji!

2596

Lelaki Vietnam ini ingin menolak Honda Super Cub 82 miliknya pada harga VND 500 juta (RM93,000). 

Mungkin anda ternganga sebaik mengetahui harganya bahkan dengan nilai tersebut anda boleh membeli dua buah Honda CBR650R. Selain penampilan yang cantik sebenarnya nilai tinggi itu terletak pada nombor plat motor tersebut.



Setakat ini, Honda Super Cub 82 asli yang dijaga baik dengan nombor plat yang cantik dijual pada harga kurang daripada VND 100 juta (RM18,000). 

Pemilik bernama Du Van Toan dari bandar Son Tay itu merupakan pengumpul motosikal antik dan dia membeli motor itu dari pemilik lamanya selepas terlihat motor tersebut dalam talian. 

Didaftarkan pada 1997, motor itu menggunakan nombor plat lama empat digit kemudian pemilik menukarnya kepada lima digit 29AA-88888. Sejak itu, Super Cub 82 berkenaan sudah bertukar tangan beberapa kali dalam kalangan pemain motor antik di Ha Thanh.

Pemilik sebelumnya menggantikan hampir 96 peratus komponen yang rosak dengan baharu dan kos restorasi sahaja melebihi VND 100 juta (RM18,000). 

“Motosikal di bawah 50cc didatangkan dengan kod AA, AB, AC..AZ. Jika inginkan nombor plat cantik, pendaftaran siri nombor plat AA hanya tersedia untuk 10 tahun dengan nombor 88888.”

“Sebabnya, jika anda mahukan siri dua abjad selepas itu iaitu BB, kena tunggu kira-kira 100 tahun. Jadi, sejak kali pertama nampak Cub dengan nombor plat tu, aku terus kagum dan tak boleh tidur.”

“Aku cari owner motor ni selama dua tahun daripada 2019 sampai 2020 dan akhirnya dapat beli pada harga VND 399,9999 (RM73,860),” katanya.

Kini, giliran Toan pula menjual motosikal itu pada harga VND 488,888 juta (RM90,320). 

“Pada usia 30 tahun, ada banyak benda aku kena buat selain minat, jadi aku nak bagi peluang kepada peminat motor, untuk faham nilai dan makna motosikal, iaitu makna sebuah kecantikan dan keunikan motor asli Jepun Super Cub 82,” tambahnya.

Jika Toan berjaya menjual motor tersebut menjadikan Honda Cub 82 paling mahal di Vietnam dan dunia. Menurut Toan, kapcai itu dilengkapi dengan enjin 50cc, 4-lejang penyejukan udara sama seperti model Cub 80 dan 81 lain di Vietnam.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here