MARii dan Pekema bakal sediakan 1,000 stesen pengecas kenderaan elektrik

1657

Kita agak ketinggalan berbanding negara-negara jiran dan serantau dalam menyediakan kemudahan infrastruktur kenderaan eletrik (EV). 

Baru baru ini, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) bersama Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) menandatangani Memorandum Persefahaman bagi memastikan rangkaian EV negara dapat diperluaskan.  



Kedua-dua pihak merancang membangunkan 1,000 stesen pengecas EV menjelang 2025 dan akan membangunkan aplikasi kesalinghubungan yang merangkumi e-pembayaran, carian stesen pengecas, sistem pengurusan bateri dan rangkaian pusat servis bagi ekosistem pengecasan EV.

 

“Ini merupakan pencapaian penting hasil daripada kerjasama pihak awam dan swasta bagi merealisasikan penglibatan rakyat di dalam teknologi nilai tinggi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, MARii, Datuk Madani Sahari.

Pelaksanaan itu akan dijalankan di bawah Pusat Kecemerlangan EV yang akan berperanan menyelaraskan dan intergasi ekosistem pengecasan.

Tidak hanya itu, pembangunan pusat ini turut akan menjadi plaform penting dalam pemasaran EV dan menempatkan kemudahan MARii seperti pusat simulasi serta pusat ujian emisi kebangsaan (NETC).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here