Viral Yamaha NMax terpakai berharga RM1200, rupanya penjual…..

3310

Peminat Yamaha NMax di Indonesia boleh dikatakan ramai bahkan begitu mudah untuk melihat kelibat skuter maksi tersebut di jalanan.

Bagaimanapun, rata-rata pengguna beranggapan harga motor tersebut agak mahal jadi tidak ramai mampu memilikinya. Untuk makluman harga Yamaha NMax baharu di Indonesia sekitar Rp32 juta (RM9,435).



Jadi penyelesaiannya pengguna mencari model terpakai agar mendapatkan harga sedikit murah. Kebiasaannya harga NMax terpakai sekitar Rp16 juta (RM4,718). 

Namun, seorang pengguna Facebook Erlangga Dwika Putra menemui harga jauh lebih murah dan tidak masuk akal iaitu Rp4.5 juta (RM1,238).

 

Siapa yang mahu menjual skuter maksi semurah itu melainkan motor berkenaan sudah kemalangan ataupun ada ‘masalah’.

Bagaimanapun selepas anda mengetahui rahsia di sebalik iklan tersebut pasti terkejut. Sekilas pandang bentuknya memang mirip Yamaha NMax namun penjual mengungkapkan kalau motor tersebut aslinya adalah Yamaha Mio.

Pemilik melakukan modifikasi sehingga bentuknya mirip Yamaha NMax asli. Penjual berkenaan juga menjelaskan motor tersebut dijual pada harga yang murah kerana tidak memiliki surat lengkap dan ingin membeli Honda Beat.

Walaupun kedua-duanya berasal dari jenama yang sama namun Yamaha Mio dijana sesaran enjin lebih kecil iaitu 125cc berbanding NMax (155cc). Jika pengguna tidak kisah tentang hal ini mereka boleh mempertimbangkan model klon tersebut. 

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here