Pasangan suami isteri di Indonesia beli Yamaha NMax guna duit syiling

1647

Sepasang suami isteri di Indonesia menjadi tumpuan warganet selepas klip video mereka membeli sebuah Yamaha NMax baharu menggunakan 31 beg plastik berisi duit syiling tular di internet.

Yamaha Nmax

Totok Tri Bartonnanto dan isterinya, Hasnaini menggunakan duit syiling yang mereka kumpul untuk membeli motosikal itu yang berharga RP31 juta (RM8,742) di sebuah pengedar di bandar Samarinda, dalam wilayah Kalimantan Timur.



Menurut Hasnaini, wang tersebut ialah hasil menabung dia dan suami sejak beberapa tahun lepas.

“Saya memang meminati motosikal jenama Yamaha dan sudah memiliki Yamaha Aerox di rumah kami. Kali ini, motosikal baharu dibeli atas nama saya sendiri,” katanya.

Tambah wanita itu, dia dan suami memang sudah terbiasa mengumpul wang jika mahu membeli sesuatu dan tidak berasa pelik menggunakan duit syi­ling bagi membeli motosikal.

“Selagi ada nilai, tiada salah­nya. Terima kasih kepada kakitangan pengedar Yamaha di sini yang membantu mengangkut puluhan plastik wang syiling kami yang digunakan untuk membayar harga motosikal baharu,” ujarnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here