Mahkamah Mesir rampas kapal Ever Given, minta pampasan sebanyak RM3.7 bilion

2072

Mahkamah Mesir semalam memutuskan untuk merampas kapal Ever Given yang menghalang Terusan Suez hampir seminggu sehingga pampasan sebanyak USD900 juta (RM3.7 bilion) dibayar, menurut laporan akhbar, Ahram.

ever given

“Keputusan mahkamah itu dihantar kepada kapten kapal hari ini (semalam),” kata Ahram seperti dipetik agensi berita, Xinhuanet.



“Kapal dengan bendera Panama itu secara rasmi ditahan di Tasik Great Bitter di wilayah Ismailia, timur laut Kaherah berikutan penundaan pembayaran pampasan oleh pemilik Ever Given warga Jepun,” menurut laporan itu yang memetik Pengerusi Pihak Berkuasa Terusan Suez (SCA), Osama Rabie.

Menuurt undang-undang maritim, Mahkamah Ekonomi di Ismailia telah meluluskan permintaan SCA untuk merampas secara rasmi kapal tersebut sehingga pampasan dibayar.

“Kami sedang berbincang dengan pemilik kapal untuk mecapai resolusi mengenai perkara ini tanpa mengambil jalan keluar kepada perundangan,” kata Rabie sambil menambah pemilik warga Jepun itu telah menawarkan 90 peratus  daripada jumlah yang dituntut SCA.

Kapal kontena itu terkandas di Terusan Suez pada 23 Mac lalu dan trafik kembali bergerak pada Mac 29 selepas ia diapungkan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here