Tangguh semua kejohanan drag di SIC – KBS

1075

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan penangguhan sebarang kejohanan drag buat seketika di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). 

Arahan tersebut berkuatkuasa sehingga pihak KBS berpuas hati dengan penilaian semula dan penambahbaikan, ke atas protokol pengurusan venue di SIC.

Pihak SIC terpaksa akur dengan arahan berkenaan ekoran insiden kekecohan dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).



Kejohanan MUSC SIC Sepang Drag Cars Test & Tune 2021 jumaat lalu dikatakan punca SIC diarahkan menangguhkan sebarang kejohanan drag di Litar Antarabangsa Sepang.

Penganjur acara berkenaan telah dikenakan kompaun sebanyak RM20,000 selepas gagal mengawal peserta, melaksanakan penjarakan fizikal dan memastikan pengunjung program mematuhi SOP, dalam membendung pandemik Covid-19.

Bukan setakat kompaun, malah penganjur MUSC Motorsports juga terpaksa akur dengan keputusan KBS iatu dilarang menganjur sebarang kejohanan drag di mana-mana litar sehingga mendapat kebenaran dari KBS serta pihak berwajib.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh KBS, “Pihak KBS memandang serius berhubung insiden pelanggaran SOP Sukan dan Rekreasi yang ditetapkan.

Tindakan sedemikian terpaksa di ambil, memandangkan KBS sedang mempergiatkan usaha untuk menghidupkan semula industri sukan yang terjejas teruk, berikutan penularan pandemik Covid-19.

Namun KBS menjelaskan bahawa aktiviti sukan permotoran lain di SIC dibenarkan, tertakluk kepada kebenaran KBS dan pihak berwajib serta pematuhan ke atas SOP sepenuhnya.

“KBS berharap agar semua penggiat dan peminat sukan dapat memberi kerjasama dan menjalankan tanggungjawab masing-masing, dengan mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan,” menurut kenyataan itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here