Gagal patuhi SOP, penganjur sukan permotoran dikompaun RM20,000

1431

Penganjur sukan permotoran, Musc Motorsports dikompaun RM20,000 selepas dikesan gagal patuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menganjurkan aktiviti tersebut di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Jumaat lalu.

penganjur sukan permotoran dikompaun

Penganjuran tersebut merupakan aktiviti pertama yang dibenarkan dengan kehadiran 2,000 penonton ke Sepang, namun pihak penganjur dilihat gagal mematuhi SOP dengan baik.



Pihak penganjur Musc dalam satu kenyataan mengesahkan perkara tersebut dan memohon maaf selepas gagal melaksanakan acara itu dengan norma baharu.

penganjur sukan permotoran dikompaun

“Berkenaan kompaun yang tular di media sosial, kami selaku penganjur mengesahkan di sini bahawa kami gagal melaksanakan acara ini di dalam ketetapan norma baharu,” kata pihak Musc Drag Racing.

“Matlamat utama kami mengadakan acara sukan ini ialah untuk membantu merancakkan kembali sektor automotif kita yang cukup terkesan sejak dilanda pandemik Covid-19.

penganjur sukan permotoran dikompaun

“Kegagalan kami mengawal penjarakan sosial mengakibatkan beberapa kali acara ini terhenti sehingga akhirnya kami terpaksa akur dikenakan kompaun.

“Justeru, kami memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat tanpa kami menyalahkan mana-mana pihak sama ada agensi penguatkuasa, penyedia litar iaitu SIC, rakan-rakan program, pasukan drag, pengunjung dan semua ‘follower’ Musc Drag Racing.

penganjur sukan permotoran dikompaun

“Yang buruk sentiasa daripada kami, yang sempurna adalah anda semua. Salam Ramadan dan sekian,” tambahnya.

Kompaun tersebut dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here