Nombor pendaftaran ALY554 jadi milik Datuk A Aida, bidaan cecah RM44,444

2593

Penerbit filem, Datuk A Aida berjaya membida nombor pendaftaran kenderaan ALY554 (ALYSSA) yang dianggarkan bernilai RM44,444, pada Khamis lalu.

a aida

A Aida berkata, bidaan itu adalah hadiah buat anak sulungnya Wan Az Aleesa, 25, yang menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Dietetik dengan kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), baru-baru ini.



“Saya sudah tunggu nombor itu sejak tiga bulan lalu dan memang sudah niat untuk hadiahkan kepada Aleesa selepas konvokesyen tempoh hari. Sebelum ini saya pernah kalah bidaan nombor pendaftaran ALL154 juga nak dihadiahkan kepadanya.

“Jam 10 malam tadi saya sudah mula duduk depan komputer. Apabila mula saja bidaan, saya terus masuk. Alhamdulillah, niat ini dipermudahkan. Malah, ketika itu Aleesa yang ada bersama turut teruja,” katanya.

Lanjut Aida, dia tidak kesah dengan jumlah bidaan itu kerana baginya nilai dan kasih sayang itu penting.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction)

“Walaupun jumlah besar, tapi saya puas hati. Bagi saya ini memberikan nilai dan kenangan tersendiri di mana akan kekal sampai bila-bila.

“Dalam masa sama, saya hadiahkan nombor ini kerana Aleesa bersetuju untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) selepas ini. Kalau ikutkan dia nak terus bekerja, tapi selepas dipujuk dia okay,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here