Bidaan siri nombor pendaftaran UM dibuka bermula hari ini

1208

Nombor pendaftaran kenderaan khas dengan awalan UM boleh dibida bermula hari ini, dengan harga bidaan minimum RM1,000.

nombor pendaftaran UM

Menurut Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor, nombor pendaftaran itu adalah satu simbol unik yang dapat dipaparkan pada kenderaan dan ditawarkan kepada orang awam.



Beliau berkata, ia bukan sekadar nombor plat kenderaan, tetapi menjadi satu manifestasi seseorang sebagai warga Universiti Malaya.

“Pembida juga secara tidak langsung menjadi penyumbang kepada dana pembangunan, penyelidikan dan kebajikan pelajar Universiti Malaya,” kata Mohd Hamdi.

“Penjualan nombor pendaftaran kenderaan UM antara inisiatif penjanaan pendapatan universiti, selain mempromosikan nama UM sebagai universiti terunggul dan antara yang terbaik di dunia,” tambahnya.

Lanjut Mohd Hamdi, inisiatif itu juga disasarkan akan menarik lebih ramai alumni Universiti Malaya memberi sumbangan kepada universiti itu, selain mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak.

Sesi bidaan pertama yang berlangsung selama lima hari bermula hari ini hingga 12 Mac ini menawarkan 100 nombor plat UM membabitkan tiga kategori iaitu Emas, Perak dan Gangsa serta bidaan boleh dilakukan menerusi laman web https://hebat.um.edu.my.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here