Model Optimus Prime ini mampu bertukar dengan sendiri! RM2.9k sahaja

10773

Pengeluar mainan, Hasbro, telah bekerjasama dengan syarikat robotik iaitu Robosen, untuk menghasilkan model Optimus Prime pertama di dunia yang mampu bertukar dengan sendiri.

Dengan ketinggian 19 inci, robot ini dihasilkan dengan menggunakan 5,000 komponen.



Selain itu, ianya juga disertakan dengan 60 mikrochip yang mengawal mengawal 27 motor servo berkuasa tinggi yang berbeza, membolehkannya berubah dari trak ke robot dengan sendiri.

optimus prime

Robot ini juga dilengakpi dengan 80 kesan bunyi yang berbeza yang disuarakan oleh pelakon suara sebenar dan dapat dikendalikan sepenuhnya melalui 25 arahan suara pemiliknya, seperti perkataan ‘rollout‘, ‘convert‘ dan ‘attack‘.

optimus prime

Terdapat juga satu aplikasi mudah alih khas untuk robot ini dimana pemiliknya boleh memilih pergerakan dan kedudukan yang berbeza untuk robot lakukan, atau bahkan memprogramkannya sendiri.

Optimus prime ini juga akan disertakan dengan beg galas, dimana pemiliknya dapat memastikan ianya sentiasa dilindungi jika dibawa ke mana-mana sahaja.

Bagi mereka yang berminat, robot Optimus Prime ini dijual di laman web rasmi Hasbro melalui pra-pesanan, dengan harga USD700 (RM2,894).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here