Ini BMW 8-Series Gran Coupe Collector’s Edition untuk pasaran Jepun sahaja, empat warna unik

1697

BMW kini memperkenalkan satu varian khas 8-Series Gran Coupe ke pasaran Jepun, yang dikenali sebagai Collector’s Edition.

BMW Collector’s Edition

8-Series Gran Coupe Collector’s Edition hadir secara eksklusif dalam varian 840i Gran Coupe, dan ini bermakna kereta ini juga dikuasakan oleh enjin 3.0-liter turbo 6-silinder sebaris yang mampu menghasilkan 335hp dan 500Nm tork.



Collector’s Edition disediakan dengan empat pilihan warna iaitu Aventurine Red, Azurite Black, Davit Grey, dan Tanzinite Blue.

BMW Collector’s Edition

Selain itu, kereta ini juga didatangkan dengan pakej M Sport, roda dwi-tona 20-inci, kemasan kulit Merino Ivory White dan Alcantara pada ruangan dalam.

Untuk harga, Collector’s Edition akan dijual pada ¥15 juta (RM569,038), dan pihak BMW tidak menyatakan samada pengeluaran model ini adalah terhad atau tidak.

BMW Collector’s Edition

Untuk pasaran luar Jepun, 840i Gran Coupe hadir dengan sistem pacuan roda belakang (RWD) dengan transmisi Steptronic 8-kelajuan, dan mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 5.2 saat.

Namun, masa tersebut akan berkurang kepada 4.9 saat jika sistem pacuan semua roda (AWD) xDrive yang disediakan sebagai pilihan digunakan. Secara keseluruhan, kelajuan maksimum 840i Gran Coupe ialah pada 250km/j.

Sememangnya Gran-Coupe 8-Series hadir dalam pelbagai jenis varian, dengan varian tertinggi ialah M8 Competition Gran Coupe, yang dilengkapi dengan enjin V8 4.4-liter turbocharged yang menghasilkan 616hp dan 750Nm tork.
 
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here