Rider FoodPanda guna basikal terima hadiah Honda Wave Dash 125 baharu

2307

Kegigihan seorang pemuda menjadi rider FoodPanda dengan menggunakan basikal demi mencari rezeki yang halal mendapat perhatian ramai.

foodpanda basikal

Menerusi perkongsian Steven Sim Chee Keong yang merupakan ahli parlimen Bukit Mertajam di akaun Facebook miliknya baru-baru ini, dia telah berjumpa dengan rider tersebut bagi mengetahui cerita sebenar di sebalik kecekalannya.



foodpanda basikal

Pemuda berkenaan yang dikenali sebagai Mohamad berkata, dia menaiki basikal kerana tidak mempunyai motosikal seperti orang lain. Walau bagaimanapun, basikal yang dinaiki olehnya itu merupakan basikal kawannya yang dipinjam.

Pemuda yang berusia 22 tahun ini sanggup merantau jauh dari Kelantan ke Pulau Pinang demi mencari rezeki. Dengan hanya bergaji sebanyak RM500, dia tidak merungut malah rasa bersyukur dengan rezeki yang ada walaupun duit makan tidak mencukupi.

Atas ehsan kawannya, dia tidak perlu membayar duit sewa bilik.  Ada kalanya, dia hanya makan nasi lemak setiap hari kerana hendak berjimat.

Menurut Steven, dia melihat kedua-dua belah tangan adik Mohamad ini sudah mengalami sunburn akibat bekerja lama di bawah sinaran cahaya matahari, tambahan pula cuaca sekarang yang agak panas.

Ahli parlimen terbabit telah membawa remaja tersebut ke sebuah kedai motosikal dan menghadiahkannya sebuah Honda Wave Dash 125 untuk kegunaan kerjanya.

Dia juga mendoakan agar motosikal yang diberi oleh dirinya itu dapat membantu pemuda tersebut dalam perjuangan hidup.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here