Restoran lambat siapkan pesanan, pemilik tampar rider FoodPanda

1854

Sejak pertama kali FoodPanda memasuki pasaran Malaysia, dapat dilihat perkhidmatan ini berjaya disambut baik oleh para pengguna.

Menawarkan servis penghantaran makanan terus ke rumah hanya menerusi aplikasi secara tidak langsung turut memberi peluang pekerjaan buat orang ramai untuk berkhidmat sebagai rider.



Di sebalik usaha keras para rider mencari rezeki, tular baru-baru pemilik sebuah restoran di Kota Damansara telah menampar seorang rider FoodPanda gara-gara restoran tersebut gagal siapkan tempahan makanan.

rider foodpanda

Difahamkan rider berkenaan telah menerima lapan tempahan makanan secara serentak dimana beliau terpaksa menunggu di restoran bermula jam 6:30 petang sehingga jam 8 petang.

Disangka siap semuanya, restoran berkenaan kemudiannya memaklumkan kepada rider tersebut untuk menghantar dahulu dua makanan yang baru sahaja disiapkan dan selebihnya dihantar sekali lagi pada trip kedua.

Situasi menjadi lebih tegang apabila rider berkenaan memaklumkan prosedur FoodPanda yang memerlukan kesemua makanan perlu dihantar secara serentak.

rider foodpanda

Sedang dia yang juga merupakan individu berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) membuat penjelasan, pemilik restoran berkenaan dengan pantas terus menamparnya.

Tindakan yang dibuat kepada rider OKU ini sekaligus menjadikan suasana restoran menjadi tegang di mana terdapat individu yang berada di sekitar restoran merakam situasi yang berlaku serta dimuat naik ke media sosial.

Impak daripada tindakan yang dibuat, restoran ini tidak hanya mendapat kecaman daripada warganet di media sosial malah turut diserang di laman Google My Business.

Menerusi komen pada Group FoodPanda Rider Malaysia dimaklumkan pemilik restoran ini telah memohon maaf atas kesalahan yang dibuat. Walau bagaimanapun, kes ini tetap menarik perhatian pihak polis.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here