100 orang Rider Foodpanda digantung kerja hantar memorandum bantahan

2184

Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) menghantar memorandum bantahan secara aman terhadap Syarikat Penyedia Perkhidmatan Foodpanda (M) Sdn Bhd.

Penyerahan memo­randum bantahan tersebut selepas ramai tertekan apabila ahlinya digantung kerja tanpa alasan kukuh. Difahamkan, kira-kira 100 penghantar makanan sebuah syarikat digantung 10 hari di seluruh Malaysia sehingga menjejaskan pendapatan mereka.



Namun, pihak mereka menambahkan rasa kecewa kepada pihak Pengurusan Foodpanda  selepas dilihat mereka seolah-olah dengan sengaja menutup pejabat mereka bagi mengelakkan pertemuan.

“Tindakan itu mengejutkan dan dianggap tidak wajar kerana mereka mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Melalui skema bayaran terbaharu telah dijelaskan rider boleh membuat keputusan untuk me­nerima atau menolak pesanan.

“Namun, apabila ada penghantar yang berbuat demikian, tahap batch kami semakin jatuh sete­rusnya menjejaskan kerja kerana perlu mengejar lebih banyak pesanan,” kata Penghantar makanan, Mohamad Firdaus Mohamad Rosli.

Antara sebab pekerja terpaksa menolak pesanan pelanggan adalah jarak perjalanan yang tidak berbaloi, lokasi pelanggan luar dari zon, birokrasi dan halangan yang wujud di kawasan penempatan pelanggan, banyak karenah keselamatan menyebabkan terlalu banyak masa pekerja terbuang.

Mereka berharap sistem dan kadar bayaran yang telus dan jelas dilaksanakan supaya tidak mengelirukan penghantar makanan. Semoga isu tersebut perlu di­selesaikan dengan kadar segera.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here