Harga Perodua Rusa melonjak naik untuk dijadikan caravan

4264

Mungkin ramai generasi 90-an pernah terserempak dan pernah merasai pemanduan jenama Perodua Rusa sebelum ini.

Perodua Rusa ialah sebuah mikrovan dan MPV pertama Perodua. Rekaannya diambil dari model Daihatsu D-130 Jumbo yang memiliki rekabentuk seperti Daihatsu Hijet Maxx.



Pelancaran pertama pada tahun 1996 Perodua Rusa 1.3CX (model biasa 2 tempat duduk enjin 1.3 liter. Pada tahun 1997, dilancarkan Perodua Rusa 1.3 GX (7 tempat duduk enjin 1.6 liter).

Ketika ini, walaupun sudah lama menyepi, dikhabarkan harga bagi Perodua Rusa sudah semakin meningkat tinggi, selepas dikatakan kenderaan tersebut untuk dijadikan sebagai caravan.

Selain mudah diselenggara, pintu sisi jenis gelungsur yang dimiliki Rusa juga berada di kiri kanan kenderaan itu menjadikan ia sebagai van pilihan masa kini.

Jika sebelum ini harga kenderaan ini boleh dibeli dengan harga serendah RM2,500, namun ketika ini harga bagi keluaran tahun 1996, manual 1.6 cc, harganya melonjak ke RM10,000. Manakala bagi yang memiliki kondisi seperti baharu harganya boleh mencecah RM20, 000.

Model ini juga pernah dikeluarkan dengan versi facelift dimana terdapat perubahan pada grill, rim baru dan lampu belakang yang diletakkan ‘reflecting tape’.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here