Utama Berita Automotif Justin Bieber bakal buat konsert di KL, jom intip koleksi kereta pelantun...

Justin Bieber bakal buat konsert di KL, jom intip koleksi kereta pelantun Baby ini…

3246
Bintang pop terkenal Justin Bieber mengumumkan tarikh baharu konsert jelajah Justice World Tour yang akan diadakan di 20 buah negara tahun ini, termasuk di Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia.
 
 
Seorang penyanyi dengan pendapatan yang tinggi, Justin Bieber juga memiliki koleksi kereta yang boleh dilihat menerusi imej paparazi.
 
Di bawah ini kami kongsikan beberapa koleksi kereta yang dimiliki pelantun ‘Baby’ itu:

10. Rolls Royce Ghost

Rolls Royce Vision 103EX sebenarnya sebuah kereta prototaip yang didedahkan sekitar 2016 dan bukan untuk pengeluaran. Oleh kerana terlalu berminat dengan rekaan futuristik tersebut, Justin menyalin semula reka bentuk berkenaan pada model Wrath. 

9. Lamborghini Aventador



Justin Bieber mempunyai tiga unit model Lamborghini Aventador, yang hadir dengan warna  berbeza iaitu biru, perak dan biru muda.

Supercar tersebut menggunakan enjin 6.0 liter V12 yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 700hp. Pecutan dari 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 2.6 saat dengan kelajuan maksimum sehingga 350kmj.

8. Ferrari 458 Italia

Ferrari 458 Italia hadir dengan kit badan yang lebih lebar kemudian dipadankan dengan enjin 4.5 liter V8 yang menghamburkan kuasa sehingga 540hp dan boleh memecut dari 0-100kmj dalam tempoh 3.4 saat dengan kelajuan tertinggi 350kmj.

7. Mercedes Benz G-Wagon


Selain tiga buah Lamborghini, mantan Selena Gomez itu juga memiliki tiga unit Mercedes Benz G-Wagon, antara warna menjadi pilihan Justin adalah putih, hijau dan kelabu.

6. Mercedes Benz SLS-AMG

Justin memiliki Mercedes Benz SLS-AMG yang bernilai lebih AS440,000 (RM1.8 juta), yang didatangkan dengan warna perak.

5. Fisker Karma 408 Ecosport

Ini merupakan koleksi kereta ketiga yang dimiliki Justin yang dikustom dengan warna  krom. Kereta ini diterima Justin dari pengurusnya ketika menyambut ulang tahun ke-18.

Bahkan dua buah kereta paparazi mengalami kemalangan ketika cuba mengejar Justin Bieber yang memandu Fisker Karma. 

4. Lamborghini Urus

Lamborghini Urus sebenarnya didatangkan dengan warna hitam, namun Justin menukar warna asal menjadi merah jambu. Ia didatangkan dengan enjin V8 4.0 liter yang menghasilkan kuasa sehingga 710hp dan mampu memecut dari 0-100 dalam 3.6 saat dengan kelajuan tertinggi ialah 305kmj.

3. Porsche Cayenne


Porsche Cayenne ini digunakan untuk aktiviti harian Justin yang bernilai AS84,000 (RM354,690).

2. Audi R8

Audi R8 ini diubahsuai dari warna asal yang dibalut dengan grafik harimau bintang, ia dianggarkan berharga AS170,000 (RM717,825). 

1. Range Rover Sport

Range Rover ini lebih kepada kereta mewah yang memberikan perjalanan selesa, ia dianggarkan berharga AS100,000(RM422,250). SUV ini menyertai barisan koleksi kereta Justin Bieber sekitar 2012.

Tetapi ini bukanlah Range Rover biasa melainkan ia dikustom sepenuhnya oleh Kahn Design misalnya bampar kustom, tingkap gelap dan suspensi lebih rendah yang kemudian disematkan dengan badan warna hitam kusam.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here