Rolls-Royce Wraith kustom ini kereta terbaharu Justin Bieber, rare dan futuristik habis!

2640

Dengan kekayaan hampir USD300 juta (RM1.23 bilion), Justin Bieber mempunyai lebih dari cukup wang untuk membeli kereta-kereta super-mahal. Dan dia sememangnya pernah berbuat demikian.

Penyanyi itu memiliki koleksi kereta yang tidak kurang hebatnya dan terbaharu, sebuah Rolls-Royce Wraith. Tetapi Rolls-Royce ini tidak seperti unit-unit lain kerana ianya dikustom khas oleh West Coast Custom.



Wraith ini dilihat oleh seorang Youtuber, effspot baru-baru ini dan ia memang kelihatan sangat rare dan futuristik. Ini kerana West Coast Custom telah menukar habis semua panel badan kereta itu dalam menjadikannya kelihatan lain dari yang lain.

Bermula di depan, coupe sport mewah ini diberikan lampu depan baharu dan gril lebih kecil dari Wraith biasa, selain ruang kemasukan udara dan hud khas.

Bahagian tepi paling radikal. Ini dapat dilihat dari penutup roda depan dan belakang, serta gerbang roda dan fender yang unik. Dari jauh, nampak macam terapung pun ada!

West Coast Custom juga membuang cermin sisi dan menggantikannya dengan kamera kecil di depan gerbang roda. Perubahan diteruskan ke bahagian belakang dengan lampu berbentuk segi tiga.

 

Dari video ini, tidak dapat dipastikan sama ada terdapat sebarang kustom di bahagian dalam. Tetapi dengan rupa luaran yang sangat menarik dan radikal ini, tidak mengejutkan jika memang terdapat beberapa perubahan di bahagian kabin.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

2 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here