Lewis Hamilton tandatangani kontrak baharu bernilai RM222 juta dengan Mercedes

936

Juara dunia Formula 1, Lewis Hamilton akhirnya bersetuju menandatangani kontrak baharu bersama pasukan Mercedes yang dianggarkan bernilai £40 juta (RM222 juta).

kontrak lewis hamilton

Pelumba kelahiran Britain yang tidak memiliki sebarang kontrak sejak 1 Januari lalu terus komited untuk bersama Mercedes untuk tempoh setahun lagi.



Kontrak itu hanya untuk setahun dan ia termasuk sumbangan kebajikan untuk meningkatkan kepelbagaian dalam Formula 1.

Hamilton akan berlumba untuk musim ke-15 dalam F1 dan memburu gelaran dunia kelapan untuk memintas rekod yang ketika ini dikongsi bersama legenda, Michael Schumacher.

Hamilton ketika ini sudah memegang rekod kemenangan terbanyak iaitu 95 kemenangan, petak utama terbanyak 98 kali dan penamat podium terbanyak iaitu sebanyak 165 kali.

Mercedes menjelaskan kontrak baharu itu akan ‘membentuk yayasan kebajikan secara bersama dengan misi untuk menyokong kepelbagaian yang lebih besar dan penyertaan dalam semua bentuk sukan permotoran.’

“Saya teruja untuk musim kesembilan saya bersama rakan sepasukan Mercedes. Pasukan kita mencapai banyak perkara yang hebat dan kami tidak sabar untuk terus menempa kejayaan selain menjadi bertambah baik di dalam mahupun di luar trek,” kata Hamilton.

“Saya bertekad untuk meneruskan perjalanan yang kita mulakan untuk menjadikan sukan permotoran lebih meluas untuk generasi seterusnya dan saya bersyukur Mercedes menyokong usaha saya ke arah itu.

“Saya bangga untuk mengatakan yang kita akan meneruskan usaha itu pada tahun ini dengan melancarkan yayasan yang didedikasikan untuk kepelbagaian dan penyertaan bagi sukan ini.

“Saya teruja dengan usaha yang boleh kita bina bersama dan saya tidak sabar untuk kembali ke litar bulan depan,” tambahnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here