Rangkul kemenangan ke-92 pada Grand Prix Portugal, Lewis Hamilton kini pecahkan rekod Michael Schumacher

256

Lewis Hamilton kini merupakan pemegang rekod kemenangan terbanyak dalam acara Formula 1, apabila memperoleh kemenangan ke-92 di Grand Prix Portugal untuk mengatasi pemegang rekod sebelumnya iaitu Michael Schumacher.

hamilton rekod Schumacher

Kemenangan Hamilton ini memecahkan rekod 91 kemenangan yang dipegang Schumacher  selama 14 tahun.

Dalam perlumbaan di Portugal, Hamilton memimpin perlumbaan walaupun sempat turun ke kedudukan ketiga selepas cuaca hujan renyai.

Dengan pengurusan tayar yang sempurna, dia kembali mengetuai perlumbaan dan merangkul kemenangan kelapannya dari 12 perlumbaan yang berlangsung untuk tahun ini. 

Juara dunia enam kali itu menamatkan perlumbaan 25.5 saat lebih pantas dari rakan sepasukannya di Mercedes, Valtteri Bottas, dengan Max Verstappen berada di kedudukan ketiga.

Berdasarkan rekod peribadi, dalam keseluruhan perlumbaan, Hamilton kini merangkul 97 petak pertama permulaan, 161 kedudukan podium dan kutipan 45 mata secara berturut-turut.

Hamilton juga kini mendominasi kutipan mata secara keseluruhan dalam Formula 2020 sebanyak 77 mata berbanding Bottas, yang berada di kedudukan kedua.

Kedudukan 10 teratas pada Grand Prix Portugal

1. Lewis Hamilton, Mercedes
2. Valtteri Bottas, Mercedes
3. Max Verstappen, Red Bull
4. Charles Leclerc, Ferrari
5. Pierre Gasly, AlphaTauri
6. Carlos Sainz, McLaren
7. Sergio Perez, Racing Point
8. Esteban Ocon, Renault
9. Daniel Ricciardo, Renault
10. Sebastian Vettel, Ferrari

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here