Franco Morbidelli tewaskan duo pasukan Suzuki untuk muncul juara MotoGP Teruel

1176

Pelumba pasukan Petronas Yamaha, Franco Morbidelli berjaya memperoleh kemenangan keduanya dalam musim ini apabila berjaya mengatasi duo pasukan Suzuki, Alex Rins dan Joan Mir di MotoGP Teruel.

MotoGP Teruel Morbidelli

Rins berada di kedudukan kedua di belakang Morbidelli, manakala pendahulu kutipan mata secara keseluruhan, Joan Mir yang belum lagi muncul juara pada mana-mana perlumbaan musim ini menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga.



Joan Mir kini mengungguli kutipan mata secara keseluruhan lebih banyak 14 mata dari rakan sepasukan Morbidelli iaitu Fabio Quartararo yang sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan.

MotoGP Teruel Morbidelli

“Apabila peluang terhidang, saya memberikan komitmen sepenuhnya di setiap pusingan. Kami menyesuaikan jentera dengan sempurna untuk kekal pantas sepanjang perlumbaan dan supaya saya dapat menunggang dengan baik dan agresif sepanjang masa,” kata Morbidelli.

Kemenangan Morbidelli pada kali ini membolehkannya naik ke kedudukan keempat dalam kutipan mata secara keseluruhan.

Berikut ialah keputusan penuh MotoGP Teruel

1. Franco Morbidelli (Petronas Yamaha)
2. Alex Rins (Suzuki Ecstar )
3. Joan Mir (Suzuki Ecstar)
4. Pol Espargaro (Red Bull KTM)
5. Johann Zarco (Reale Avintia)
6. Miguel Oliveira (Red Bull KTM Tech3 )
7. Maverick Viñales (Monster Yamaha)
8. Fabio Quartararo (Petronas Yamaha)
9. Iker Lecuona (Red Bull KTM Tech3)
10. Danilo Petrucci (Ducati Team)
11. Cal Crutchlow (LCR Honda)
12. Stefan Bradl (Repsol Honda)
13. Andrea Dovizioso (Ducati Team)
14. Tito Rabat (Reale Avintia)
15. Bradley Smith (Aprilia Gresini)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here