Miguel Oliveira juarai perlumbaan MotoGP terakhir musim 2020

280

Miguel Oliveira memanfaatkan kelebihan beraksi di tempat sendiri apabila muncul juara pada perlumbaan MotoGP terakhir musim ini yang berlangsung di Portugal semalam, 22 November.

Miguel Oliveira juara

Kemenangan di litar Portimao ini merupakan yang kedua buat Oliveira setelah kemenangan pertamanya pada Grand Prix Styria untuk MotoGP musim 2020.

Pelumba berusia 25 tahun ini berjaya mengenepikan Jack Miller dan Franco Morbidelli yang masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga. 

Miguel Oliveira juara

Kemenangan pelumba KTM Tech 3 ini menjadikannya antara 10 pelumba yang berjaya memperoleh kedudukan pertama pada setiap siri perlumbaan, termasuk Fabio Quartararo, Brad Binder, Andrea Dovizioso, Franco Morbidelli, Maverick Vinales, Danilo Petrucci, Alex Rins dan Joan Mir.

Keputusan penuh Grand Prix Portugal 2020

1. Miguel Oliveira (KTM)
2. Jack Miller (Ducati)
3. Franco Morbidelli (Yamaha)
4. Pol Espargaró (KTM)
5. Takaaki Nakagami (LCR Honda)
6. Andrea Dovizioso (Ducati)
7. Stefan Bradl (Repsol Honda)
8. Aleix Espargaró (Aprilia)
9. Alex Marquez (Repsol Honda)
10. Johann Zarco (Avintia Ducati)
11. Maverick Vinales (Yamaha MotoGP)
12. Valentino Rossi (Yamaha Factory Racing)
13. Cal Crutchlow (LCR Honda)
14. Fabio Quartararo (Yamaha MotoGP)
15. Álex Rins (Suzuki)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here