Utama Berita Automotif MIROS: Jaga-jaga taktik taktik pusing odometer sebelum beli kereta import terpakai

MIROS: Jaga-jaga taktik taktik pusing odometer sebelum beli kereta import terpakai

1578
Sesebuah kereta import terpakai (recond) biasanya dilihat cantik dari segi luaran tetapi mungkin mempunyai prestasi tidak baik kerana ketidakjujuran sesetengah penjual yang ‘memusingkan’ meter perbatuan atau odometer kepada angka lebih rendah.
 
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Zulhaidi Mohd Jawi@Said, paling penting pembeli merujuk ke media sosial atau bengkel yang dipercayai sebelum tertipu dengan taktik yang kelak boleh membahayakan nyawa mereka.
 
“Ada kajian antarabangsa seluruh dunia, dalam urusan pembelian kereta terpakai, ada isu ketidakjujuran di mana penjual pusing odometer, apa tertera di odometer sebenar bukan angka sebenar.
 
“Biasanya akan dipusing kembali ke bawah, sejarah penggunaan disorok dan tidak diberitahu kepada pembeli, katanya.
 
Dalam pada itu katanya, kebanyakan kereta import terpakai yang berusia tiga sehingga lima tahun akan mula bermasalah dan memerlukan penukaran alat ganti.
 
odometer kereta import terpakai
Paling penting katanya, penyelenggaraan dan kesedaran pemilik itu sendiri untuk memastikan tahap kenderaan dalam keadaan terbaik untuk berada di atas jalan raya.
 
“Pengguna pertama saya nasihatkan untuk buat kajian menyeluruh, ada kelebihan atau kemanisan apabila menggunakan kerta tersebut, memang diakui ada elemen mewah dan sebagainya.
 
“Mereka perlu menggunakan media sosial yang dalam pengamatan saya ada ratusan ribu orang yang aktif. Ada laman yang khusus untuk kereta terpakai setiap model, ada laman untuk alat ganti, mereka juga boleh merujuk orang yang berpengetahuan dan bengkel yang kita bercaya, katanya.

Semak status kenderaan di scrut.my

Sementara itu, Pengasas scrut.my, Nik Muhammad Izwan Nik Mohd Kamel menegaskan, aplikasi yang dibangunkannya dapat membantu pembeli mengetahui kondisi sebenar kenderaan import terpakai yang dibawa masuk ke negara ini.
 
Katanya, paling penting keselamatan pemilik selain menyarankan penjual sentiasa jujur dalam menjalankan urus niaga.
 
“Ada aplikasi scrut, kita boleh bantu pembeli yang hendak membeli kereta ‘recond‘ untuk periksa keadaan sebenar, jadi kita tahu keadaan sebenar kereta itu semasa di luar negara.
 
“Apabila beli di sini, kita yakin kereta dalam keadaan selamat dan juga boleh diguna pakai dalam masa yang lama. Kebanyakan pembeli buat pinjaman sehingga sembilan tahun. Kalau hendak beli sesuatu perlu beli yang terbaik.
 
“Kami buat cara penyelesaian kepada penjual yang jujur, boleh senaraikan kereta mereka dalam senarai scrut untuk ditunjukkan kepada orang ramai, ada bukti pembelian laporan dan diperiksa di pusat kami, jelasnya.

Data sesebuah kenderaan jadi rujukan

Nada sama diberi seorang lagi Pengasas scrut.my, Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin yang memberitahu, data yang diperoleh akan menjadi rujukan dan bantuan pembeli agar tidak tertipu dengan penjual yang tidak bertanggungjawab.
 
Tegasnya, usaha itu merupakan kesedaran pihaknya selepas melihat banyak penipuan dalam urusan pembelian kereta import terpakai dan mempelawa lebih banyak pihak membangunkan aplikasi seumpama itu untuk kemudahan masyarakat.
 
“Kalau dulu saya selalu sebut dalam media sosial, kami lahir dari roh marhain yang ditindas.
 
“Kami berjaya buktikan penipuan penjual kereta ‘recond‘ selama ini, mereka bawa masuk kereta kemalangan, tetapi isytihar kereta dalam keadaan baik.
 
“Jadi bila ada aplikasi lain, dalam perjuangan ini tidak mahu berseorangan perlu teman, katanya.

Pengiktirafan dari kerajaan

Sementara itu, pengasas sebuah lagi pembangun aplikasi pemeriksa kereta import terpakai, recon.my, Mohd Akif Akmal berharap kerajaan dapat memberikan kerjasama serta pengiktirafan kepada mereka sebagai tempat pengesahan pihak ketiga agar masyarakat tidak terus tertipu dengan penjual yang tidak jujur.
 
Tegasnya, penjualan kereta yang tidak mencapai spesifikasi terbaik memungkinkan risiko kemalangan dan mengorbankan nyawa.
 
“Bagi saya kereta ‘recond‘ yang tidak sempurna ialah kereta yang sudah menjalani berbatuan tinggi, sudah terlibat kemalangan serta mempunyai rating rendah yang dikeluarkan negara asal.
 
“Pada pandangan saya, kereta ini harus dijual dalam keadaan sempurna dan tidak ditipu penjual untuk mengurangkan risiko kerosakan serta kemalangan jalan raya, tegasnya.
 
Rekod selenggara kereta import terpakai penting untuk mengetahui jangka hayat alat ganti yang harus ditukar pada masanya.
 
Penipuan bacaan odometer memungkinkan alatan itu tidak ditukar pada tempoh sebenar sekali gus memungkinkan kemalangan atau kerosakan yang menyebabkan pemilik berbelanja lebih banyak untuk membaiki kenderaan mereka.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here