Anda kini boleh beli Ford Mustang Eleanor 1967 dari filem Gone In 60 Seconds

2294

Sebuah Ford Mustang Eleanor 1967 yang pernah digunakan dalam filem Gone In 60 Seconds kini sedia untuk dijual di Jerman. Filem ini pernah dibintangi oleh pelakon terkenal, Nicholas Cage.

Mustang Eleanor

Mustang Eleanor sangat popular dan masih menjadi buruan oleh peminatnya sehingga kini. Malah, ada juga beberapa model kereta yang seakan meniru rekaannya walaupun syarikat yang memiliki hak atas nama Eleanor tidak membenarkannya.



Sebanyak 11 unit Mustang Eleanor dihasilkan oleh Cinema Vehicle Services khas untuk filem tersebut. Tiga unit daripadanya berperanan sebagai kereta yang digunakan oleh watak utama dan kereta ini ialah salah satu darinya.

Mustang Eleanor

Kereta ini difahamkan kini dijual melalui laman web Chrome Cars, dengan harga yang tidak dinyatakan. 

Menurut laman web tersebut, kereta ini dikatakan dibeli di Amerika Syarikat dan dieksport ke Eropah. Kesemua 11 unit yang pernah dihasilkan untuk filem ini diinspirasikan dari Ford Mustang Fastbacks 1967/1968.

Mustang Eleanor

Untuk tiga unit yang digunakan oleh watak utama, ia dilengkapi dengan coilover, gandar belakang Lincoln 9-inci, wishbone yang baru, dan dikuasakan oleh enjin V8 dari Ford. Sebahagian besar kereta yang digunakan untuk filem ini difahamkan telah dimusnahkan.

Walaupun harganya masih belum didedahkan, pada Januari lalu, salah satu dari 11 unit kereta ini difahamkan dijual pada harga USD852,500 (sekitar RM3.4 juta) dalam satu acara lelong.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here