Joan Mir muncul juara Grand Prix Eropah dan kekal sebagai pendahulu keseluruhan

1158

Pelumba pasukan Suzuki, Joan Mir mengatasi rakan sepasukannya iaitu Alex Rins untuk memperoleh kemenangan di Grand Prix Eropah.

Joan Mir

Kemenangan ini mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu keseluruhan perlumbaan pada musim ini.



Bermula dari petak ke-5, Mir berjaya berada pada kedudukan kedua selepas tiga pusingan pertama, dan berjaya mengatasi Rins ketika perlumbaan yang berlangsung di litar Ricardo Tormo tersebut berbaki 11 pusingan.

Joan Mir

Mir berjaya menyerap tekanan dari Rins untuk muncul sebagai 9 juara yang berbeza pada siri MotoGP 2020, sementara pelumba petak pertama, Pol Espargaro berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga.

Setelah berada di kedudukan podium dalam lima dari enam perlumbaan sebelumnya, kemenangan Mir ini menjadikannya calon juara dunia seterusnya dan mengakhiri dominasi juara empat tahun berturut-turut dari Marc Marquez.

Keputusan penuh Grand Prix Eropah 2020

1. Joan Mir (Suzuki Ecstar)
2. Alex Rins (Suzuki Ecstar)
3. Pol Espargaro (Red Bull KTM)
4. Takaaki Nakagami (LCR Honda)
5. Miguel Oliveira (Red Bull KTM Tech3)
6. Jack Miller (Pramac Ducati)
7. Brad Binder (Red Bull KTM)
8. Andrea Dovizioso (Ducati Team)
9. Johann Zarco (Reale Avintia)
10. Danilo Petrucci (Ducati Team)
11. Franco Morbidelli (Petronas Yamaha)
12. Stefan Bradl (Repsol Honda)
13. Maverick Viñales (Monster Yamaha)
14. Fabio Quartararo (Petronas Yamaha)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here