MotoGP 2020: Honda ‘tempang’ tanpa kelibat Marc Marquez

1764

Sepanjang perlumbaan MotoGP yang disambung semula setelah dihentikan kerana pandemik Covid-19, Honda masih belum berupaya memenangi perlumbaan bahkan kedudukan podium sekalipun.

honda motogp

Dominasi Marc Marquez nampaknya tidak dapat digantikan oleh pelumba lain seperti Alex Marquez, dan pelumba dari pasukan LCR Honda iaitu Cal Crutchlow dan Takaaki Nakagami.



Tahun ini merupakan tahun terburuk bagi Honda, dimana pada 5 pusingan terakhir MotoGP pada tahun ini, mereka tidak pernah menang.

Kali terakhir Honda tidak pernah menang dalam 5 pusingan perlumbaan terakhir adalah 38 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1982.

Ketika itu siri pelumbaan ini masih dipanggil sebagai GP Motor atau GP 500.

Stefan Bradl, yang merupakan pelumba pengganti Marc Marquez masih dalam proses penyembuhan dari kecederaan yang dialaminya. Sudah 5 pusingan perlumbaan berlalu, dan kini Honda masih berada di belakang pasukan Yamaha, Ducati dan KTM.

Semoga di pusingan berkiutnya, Honda mampu bangkit dan mendominasi perlumbaan seperti biasa walaupun tanpa kehadiran Marc Marquez.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here