
Susulan video tular yang memaparkan sebuah Toyota Camry dipandu pada lorong kecemasan dan langgar lari sebuah motosikal, pemandunya kini menyerah diri dan ditahan oleh pihak polis.
Kejadian ini berlaku di Lebuhraya Karak-KL nak menghala ke Plaza Tol Gombak. Dalam video berdurasi 53 saat tersebut, dapat dilihat rakaman dashcam dari bahagian depan dan belakang pemandu yang menggunakan laluan tersebut.
Penunggang motosikal tersebut difahamkan tidak sempat mengelak kerana Toyota Camry tersebut masuk ke laluan kecemasan tanpa memberikan sebarang isyarat. Lebih teruk lagi pemandu Toyota Camry tersebut terus berlalu pergi dengan lajunya tanpa menghiraukan penunggang motosikal tersebut.
Walau bagaimanapun, pemandu kenderaan terbabit yang juga seorang lelaki berusia 37 tahun menyerah diri selepas membuat laporan di Balai Polis Gombak. Hal ini disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pahang Superintendan Kamarulzaman Jusoh.
Masuk lorong kecemasan secara mengejut.
Akibatnya penunggang motosikal cedera selepas gagal elak kereta yang tiba tiba masuk ke laluan kecemasan untuk elak dari kesesakan.
Kejadian berlaku di Lebuhraya Karak-KL menghala Plaza Tol Gombak, 3 petang tadi.
Kredit Video : Rassid pic.twitter.com/3ZFHk02mA2
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) August 31, 2020
Selain Toyota Camry ditahan untuk siasatan lanjut, pemandunya juga dibawa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong dan akan menjalani ujian saringan awal air kencing.
“Dua mangsa yang menunggang dan membonceng motosikal itu sedang dikesan untuk membantu siasatan.
“Motosikal itu ditunggang lelaki Orang Asli manakala pemboncengnya adalah wanita Melayu,” katanya.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar