Menteri Besar dan EXCO Johor guna Toyota Camry ganti Honda Accord

2529

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal, mengesahkan pembelian 15 kereta Toyota Camry bagi menggantikan model Honda Accord sedia ada yang tidak lagi sesuai untuk kegunaan rasmi beliau dan anggota EXCO negeri.

Beliau berkata, Honda Accord sebelum ini didapati sudah melebihi perbatuan antara 350,000 hingga 400,000 kilometer.



“Semua kereta rasmi Kerajaan Johor jenis Toyota Camry itu digunakan mulai 12 Februari lalu.

“Langkah penggantian kereta rasmi Kerajaan Johor itu diambil selepas menerima pandangan dan nasihat daripada pihak kejuruteraan Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, dilaporkan meminta Dr Sahruddin memberi penjelasan sama ada benar Kerajaan Johor membeli kereta baharu untuk kegunaan beliau dan EXCO negeri.

Toyota Camry

Hassan dipetik sebagai berkata, beliau merujuk gambar dalam sebuah portal yang mendakwa Kerajaan Johor membeli kereta baharu terbabit.

Ditanya perbelanjaan Kerajaan Johor untuk membeli 15 kereta Toyota Camry itu pula, Dr Sahruddin memaklumkan, beliau akan menyemak semula kos berkenaan.

Dalam pada itu, beliau menafikan dakwaan bahawa kenaikan cukai tanah di negeri ini sejak awal bulan lalu mempunyai kaitan dengan pembelian kenderaan rasmi baharu Kerajaan Johor.

“Tidak benar dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan pembelian kereta rasmi baharu kerajaan negeri adalah berikutan cukai tanah yang dinaikkan,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here