Marc Marquez perlu rehat 2 hingga 3 bulan sebelum kembali ke MotoGP

1945

Menurut pasukan Repsol Honda, juara dunia, Marc Marquez difahamkan perlu berehat dan menjalani proses pemulihan selama dua atau tiga bulan, sebelum dapat kembali ke MotoGP.

Marquez MotoGP

Pelumba kelahiran Sepanyol ini mengalami patah tangan ketika siri perlumbaan yang berlangsung di litar Jerez.



Dia kemudian memerlukan pembedahan kedua kerana plat yang diletakkan pada tangannya mengalami masalah setelah dia menyudahkan sesi latihan ketiga MotoGP Andalucía.

Kecederaan kali kedua ini difahamkan lebih teruk dari kecederaan pertama yang dialami Marquez.

Marquez terlepas siri perlumbaan di Austria (MotoGP Austria dan MotoGP Styria) dan difahamkan juga akan terlepas perlumbaan di Itali (MotoGP San Marino dan MotoGP Emilia Romagna). 

Menurut HRC, juara dunia ini tidak akan kembali semula ke perlumbaan MotoGP sehingga 22 Oktober dan 22 November, yang merupakan pusingan terakhir perlumbaan.
 
Ini bermakna, tahun ini akan menjadi kali kedua Marquez tidak memenangi kejuaraan MotoGP sejak menyertai kelas perdana pada tahun 2013.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here