Penunggang motosikal lawan arus bersama Toyota Vios beri penjelasan, niat hanya nak tolong

2054

Seorang penunggang motosikal nyaris maut apabila sebuah kereta yang dipandu secara lawan arus muncul dari terowong di lorong motosikal dekat sebuah lebuh raya.

lawan arus

Menerusi video yang tular di media sosial, penunggang motosikal bewarna biru itu cuba mengelak sebelum merempuh tembok di terowong.



Video yang dipercayai dirakamkan dari topi keledar penunggang motosikal bewarna biru itu turut merakamkan seorang penunggang motosikal lain menunggang secara lawan arus di hadapan kereta jenis Toyota Vios itu.

Susulan video tular tersebut, seorang pemuda yang mendakwa dirinya sebagai penunggang motosikal yang melawan arus bersama kereta tersebut tampil memberi penjelasan.

Pemuda berkenaan berkata, dia ketika itu dalam perjalanan untuk membuat penghantaran dekat pusat membeli-belah melihat sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki bersama seorang penumpang wanita terperangkap di laluan motosikal.

“Disebabkan laluan sempit, jadi saya suruh dia patah balik untuk keluar ke laluan sebenar di Lebuhraya Persekutuan. Masa tu hujan renyai-renyai dan jalan pun agak licin.”

“Saya menunggang motosikal di hadapan kereta tersebut dan beri isyarat kecemasan supaya penunggang motosikal lain berhati-hati. Masa nak masuk terowong tu saya bagi hon, dan ada seorang penunggang motosikal lain berhenti di tepi.”

“Tapi abang yang tunggang motosikal biru tu mungkin tak sempat brek hingga langgar tembok dan saya teruskan perjalanan untuk beri amaran kepada penunggang motosikal lain di hadapan.”

“Saya minta maaf kerana tidak cekap untuk memberi isyarat yang sempurna sehingga abang motor biru tu terbabas.”

“Harap keadaan dia okay dan selamat. Saya dah patah balik tapi abang tu dah beredar. Saya sedia untuk berjumpa dengan abang motor biru dan minta maaf dengannya,” katanya.

Serah diri

Susulan kejadian itu, pemandu Toyota Vios tersebut tampil menyerah diri kepada pihak polis. Perkara ini disahkan oleh  Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya.

Penggunaan aplikasi navigasi dikatakan menjadi punca pemandu kereta Toyota Vios tersebut melawan arus memasuki laluan motosikal.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here