Bugatti Type 59 keluaran tahun 1934 ini mungkin akan dijual sekitar RM55.6 juta

1676

Bugatti Type 59 keluaran tahun 1934 ini mungkin merupakan ‘harta karun’ yang masih wujud di zaman sekarang. Merupakan salah satu kereta antik keluaran Bugatti, kereta ini kini dijangka akan dijual pada harga £10 juta (RM55.6 juta).

Bugatti Type 59

Apa yang menjadikan Bugatti Type 59 ini istimewa ialah ia dilengkapi dengan enjin no.5 yang merupakan enjin daripada pasukan Grand Prix Bugatti pada tahun 1934-1935.



Enjin ini digunakan ketika René Dreyfus menamatkan perlumbaan di tempat ke-3 pada Grand Prix Monaco, seterusnya memperoleh kemenangan pada Grand Prix Belgium yang berlangsung di Circuit de Spa-Francorchamps.

Bugatti Type 59

Ketika syarikat pengeluar dari Perancis ini menarik diri dari perlumbaan Grand Prix, mereka telah mengubah Type 59 ini untuk acara kereta sport. Mereka juga telah mengeluarkan supercharger dan memasang kotak gear dry-sump yang baru, menambahbaik semula casis dan badan, serta memberikannya identiti baru sebagai casis 57248.

Pada tahun berikutnya, Type 59 bersara dari perlumbaan kompetitif dan dibeli oleh King Leopold III dari Belgium. Sejak dari itu, ia dijual dalam rupa bentuk asalnya dan pernah dimiliki oleh empat individu yang berbeza.

Bugatti Type 59

Bugatti Type 59 dikuasakan oleh enjin 3.25-liter lapan silinder sebaris yang dilengkapi dengan karburator Zenith berkembar. Ketika ia masih disertakan dengan supercharger, kereta ini mampu menghasilkan 250hp pada 5,000rpm.

Kereta klasik Bugatti ini juga disertakan dengan transmisi manual 4-kelajuan, brek drum mekanikal pada kesemua tayar, dan penyerap hentakan De Ram.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here