Kanak-kanak main basikal depan rumah maut dilanggar kenderaan pacuan empat roda

1984

Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Storm di hadapan rumahnya di Jalan Delima, Kampung Cacar Baru Paka, Dungun.

kanak-kanak maut

Dalam kejadian jam 3 petang itu, Nur Aira Awatif Mohammad Fadzil, 6, yang cedera parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.



Ketika kejadian, mangsa dikatakan bermain basikal di kawasan rumahnya bersama dua lagi rakannya iaitu Amran, 8, dan Amirah, 7.

Dalam masa yang sama, sebuah pacuan empat roda yang dipandu lelaki berusia 59 tahun gagal mengelak dan melanggar mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, ketika kejadian pemandu kenderaan terbabit yang berasal dari Setiu menjalankan perniagaan durian di jalan besar tidak jauh dari kampung itu.

kanak-kanak maut

Ketika melalui jalan kampung terbabit untuk ke sebuah surau menunai solat Zohor, mangsa dikatakan tiba-tiba keluar dari pagar rumahnya dan pemandu kenderaan itu gagal mengelak dan melanggar kanak-kanak terbabit.

Kedua ibu bapa kanak-kanak terbabit segera mengejarkan anak mereka ke Klinik Kesihatan Paka namun disahkan sudah meninggal dunia.

Baharudin berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

“Mayat mangsa sudah dituntut keluarganya untuk urusan pengebumian dan kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here