Akhirnya terjawab! Misteri Proton Perdana dalam bangunan terbiar di UK

61410

Terjawab sudah misteri Proton Perdana yang dilihat dalam sebuah bangunan terbiar di United Kingdom (UK). Proton Perdana dengan nombor pendaftaran VK 5231 itu sebenarnya didaftarkan atas nama Mahathir bin Mohamad.

Perkara ini dijelaskan dalam satu siaran Facebook oleh akaun Kelab Che Det dan Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad.



MISTERI KERETA PERDANA VK5231Kecoh kat media sosial pasal ada kereta Proton Perdana jumpa bersama dengan kereta-kereta…

Posted by Kelab Che Det on Tuesday, September 1, 2020

Menurut siaran itu, Proton Perdana itu dirancang untuk ditukarkan menjadi sebuah kereta hibrid. Tun Dr Mahathir telah berbincang dengan sebuah syarikat R&D milik Kamal Siddiqi (seorang warganeraga Britain berdarah Pakistan) berkenaan hal ini di UK pada akhir 2016.

Disebabkan Tun Dr Mahathir sukakan teknologi, atas inisiatif beliau sendiri, Proton Perdana VK 5231 itu dihantar sendiri untuk tujuan R&D di syarikat milik Kamal iaitu Frazer Nash Research Limited.

Jika perancangan R&D ini berjaya, Proton akan berupaya menghasilkan kereta hibridnya sendiri pada masa itu.

Terdahulu, kami menyiarkan satu artikel dimana beberapa orang Youtuber melalui siaran Youtube Lost Adventures telah menerokai bangunan kosong dan menjumpai sebilangan kereta bernilai jutaan ringgit, termasuklah sebuah Proton Perdana ini.

Bangunan terbiar itu sebenarnya milik Bristol Cars dan dimiliki oleh Kamal. Perkara ini juga ada dinyatakan oleh beberapa orang pembaca Motoqar di Facebook kami.

Antara kereta yang diparkir di garaj bawah tanah tersebut ialah sebuah prototaip Bristol Bullet dan Bentley Continental Flying Spur keluaran tahun 2008. Selain itu, terdapat juga sebuah Bristol Fighter keluaran tahun 1982 yang hanya dihasilkan dalam 13 unit.

Proton Perdana yang dilihat di bangunan itu merupakan model generasi kedua yang dibangunkan hasil usahasama Proton dengan Honda menggunakan platform Accord generasi ke-8.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here