Misteri Proton Perdana di bangunan kosong di UK bersama kereta mewah

38975

Sebuah bangunan di Surrey, United Kingdom yang terbengkalai dan tidak berpenghuni diterokai oleh beberapa individu dari saluran Youtube Lost Adventures. Apa yang mengejutkan, bangunan yang kosong dan terbengkalai ini menyimpan banyak koleksi kereta yang bernilai jutaan ringgit.

Saluran Youtube ini sering membuat video menjelajah bangunan terbengkalai dalam bandar tersebut, yang dinamakannya sebagai ‘urban explorers‘.

Menurut seorang daripada krew saluran Youtube tersebut, dia sudah lama mengetahui tentang bangunan kosong itu. Jika dilihat dari luar, reka bentuk bangunan berkenaan sudah tidak terurus dan beberapa cat pada permukaan bangunan sudah mengelupas.

Ketika berjaya masuk ke dalam, semua krew terkejut kerana bangunan kosong ini mempunyai garaj bawah tanah, di mana di sana terdapat koleksi kereta mewah yang bernilai jutaan ringgit.

Antara kereta yang diparkir di garaj bawah tanah tersebut ialah sebuah prototaip Bristol Bullet dan Bentley Continental Flying Spur keluaran tahun 2008.

Selain itu, terdapat juga sebuah Bristol Fighter keluaran tahun 1982 yang hanya dihasilkan dalam 13 unit.

Namun, apa yang lebih mengejutkan, sebuah kereta keluaran Proton iaitu Proton Perdana generasi kedua juga terdapat di bangunan kosong ini. Kereta dengan nombor pendaftaran VK 5231 ini masih baru dan seperti tidak pernah digunakan. 

Bangunan kosong kereta mewah

Ia hanya dilitupi habuk kerana tidak diurus dalam suatu tempoh yang agak lama. Sebab dan punca kenapa kereta keluaran Malaysia ini berada di tempat tersebut masih belum diketahui.

Bangunan kosong ini difahamkan milik Bristol Cars, sebuah syarikat pengeluar kereta mewah. Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1845 ini masih memasang kenderaan menggunakan tangan.
 

Syarikat pengeluar berskala kecil ini juga mempunyai kira-kira hanya 20 orang pekerja dan menghasilkan 100 unit kereta dalam tempoh setahun.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here