Proton eksport kumpulan pertama kit CKD Saga ke Kenya

1832

Syarikat pengeluar kenderaan nasional, Proton menambah satu nama baru dalam senarai negara eksport apabila menghantar kereta keluarannya ke Kenya untuk kali pertama baru-baru ini.

30 buah Proton Saga dihantar secara CKD (pemasangan tempatan), dan akan dipasang oleh Syarikat Simba, sebuah konglomerat pelbagai perniagaan di Kenya.



Keputusan untuk eksport Saga secara CKD ini dilakukan oleh Proton setelah melakukan rundingan bersama rakan kongsi di Kenya.

“Proton akan tetap mengukuhkan kedudukan domestik, kami ingin dikenali sebagai pembuat kenderaan antarabangsa.”

“Oleh demikian, produk kami perlu berada di bandar lain seperti Bangkok, Islamabad, Cairo dan kini, Nairobi,” kata Dato’ Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

eksport proton

Usaha yang dilakukan Proton ini sudah tentu akan meningkatkan nilai perdagangan antara Malaysia dan Kenya dan juga menyumbang kepada peningkatan peluang pekerjaan di industri automotif Kenya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here