“Nasib baik tayar run flat,” – Tayar kereta meletup, Aaron Aziz kongsi tips untuk para wanita

2197

Pelakon, Datuk Aaron Aziz menyatakan rasa syukur tidak mengalami kecederaan selepas tayar keretanya meletup di tengah jalan.

Aaron AzizBerkongsi kisahnya, Aaron berkata dia bernasib baik kerana keretanya iaitu sebuah Mercedes-Benz C200 Coupe tidak berpusing atau hilang kawalan.
 
“Cerita semalam, habis shooting @fairiekhalil tengah memandu tiba-tiba dengar bunyi meletup. Nasib Baik tak swerve dan terlanggar apa-apa,” tulisnya di akaun Instagram.



Di platform yang sama juga, Aaron memuat naik satu lagi video IG TV dan berkongsi tips cara mengendalikan kenderaan jika ada diantara pengikutnya mengalami situasi yang sama.
 
“Nasib baik tayar run flat, walaupun dah pancit tayar ia masih keras. Semalam kita berada ditengah lebuh raya dan bunyi meletup.
 
“Tapi, Alhamdulillah kita hanya boleh drive 50km/j dan tidak boleh jauh daripada 80 km. Kena bawa perlahan-lahan, lampu kecemasan kena buka.
 
“Kepada para wanita yang membawa kereta, kalau kereta korang jadi begini jangan risau cari kedai tayar paling dekat,” katanya.

View this post on Instagram

Utk pemandu wanita yg tak tahu ni tips tips

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on

Menerusi perkongsian itu, Aaron Aziz juga memuat naik gambar keadaan tayar keretanya selepas kejadian.
 
Rata-rata pengikutnya turut bersyukur kerana dia dan sekeluarga terselamat.

Untuk makluman, tayar jenis run flat direka untuk membolehkan kenderaan terus bergerak kira-kira 80km selepas pancit. Tayar ini kebiasaannya lebih mahal berbanding tayar biasa dan juga keras, sekali gus menjadikan pemanduan agak kurang selesa.

Justeru itu, tayar jenis ini kurang popular dalam kalangan pengguna. Tayar jenis ini juga mudah haus berbanding tayar biasa.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here