Kemalangan antara Bugatti Chiron, Porsche 911 Cabriolet dan Mercedes-Benz C-Class Estate, kerugian cecah RM17.1 juta!

581

Satu kemalangan berlaku di Switzerland pada 12 Ogos yang lalu, yang melibatkan sebuah Bugatti Chiron, Porsche 911 Cabriolet, Mercedes-Benz C-Class Estate dan sebuah campervan.

kemalangan bugatti porsche

Kemalangan ini berlaku ketika Bugatti Chiron tersebut ingin memotong 3 kenderaan di hadapannya sekaligus iaitu campervan, diikuti oleh Mercedes-Benz C-Class Estate dan Porsche 911 Cabriolet. Namun pada masa yang sama, Porsche 911 Cabriolet juga turut melakukan hal yang sama.

Kedua-dua pemandu kenderaan tersebut bertindak demikian kerana aliran lalu lintas yang perlahan disebabkan oleh campervan yang berada pada kedudukan paling hadapan.

Hal ini telah menyebabkan Bugatti Chiron melanggar 911 Cabriolet dari arah belakang, dan menyebabkan Porsche tersebut berlanggar pula dengan C-Class Estate. Setelah melanggar Porsche, Bugatti Chiron tersebut pula berlanggar dengan campervan.

kemalangan bugatti porsche

Berdasarkan beberapa gambar yang dimuat naik oleh Facebook Rainier Johnson Supercars, kesan kerosakan kepada Bugatti dan Porsche kelihatan agak teruk. Walau bagaimanapun, gambar campervan yang terlibat dalam kemalangan ini tidak kelihatan.

Porsche tersebut kelihatan mengalami kerosakan paling teruk, dimana ianya kelihatan seperti merempuh penghadang jalan. Namun, kerana kemalangan ini melibatkan sebuah Bugatti, ianya sudah tentu kereta yang menelan kos yang mahal jika dibaik pulih.

€3.5M Bugatti Chiron and Porsche 911 Crash in Switzerland. 😱🇨🇭 Three cars were in a group following a camper….

Posted by Rainier Johnson Supercars on Thursday, August 13, 2020

Pemandu dan penumpang Mercedes-Benz C-Class Estate difahamkan mengalami kecederaan yang kritikal dan kini sedang dirawat di hospital.

Bercakap mengenai ‘mahal’, jumlah kerugian kemalangan ini dianggarkan bernilai sekitar USD4.1 juta (RM17.1 juta). 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here