Utama Berita Automotif Bugatti Chiron ini catat perbatuan lebih 170 ribu kilometer!

Bugatti Chiron ini catat perbatuan lebih 170 ribu kilometer!

3

Supercar dan hypercar biasanya dikaitkan sebagai sebuah objek empat roda yang dibeli untuk dijual semula pada harga yang lebih tinggi dan tidak masuk akal.

Disebabkan mahu menjaga kondisi ‘standard kilang’ sebaik mungkin, rata-rata pemilik kereta pantas ini lebih senang membiarkan kenderaan mereka duduk diam di dalam garaj suhu terkawal. 

Tapi, Bugatti Chiron yang dipaparkan ini mungkin sekali satu contoh yang agak unik dengan jarak perbatuan yang paling jauh pernah dicatatkan, iaitu sekitar 175,797 km.

 

Kenapa ia mempunyai jarak perbatuan yang agak tinggi?

Menurut laporan, Chiron ini merupakan kereta R&D yang dimiliki oleh Bugatti dan digunakan untuk ujian kebolehtahanan, ujian kelajuan tinggi, ujian validasi dan kadang-kala digunakan oleh para pengamal media.

Menurut bekas presiden Bugatti Wolfgang Durheimer, secara purata pemilik kereta Bugatti memiliki sekurang-kurangnya 84 buah kereta, tiga jet dan satu kapal layar.

Jadi, kebanyakan masa supercar Bugatti itu hanya duduk diam di dalam garaj, dan dipandu sekali-sekala untuk mencatatkan perbatuan sekitar beberapa ratus km setahun.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here