
Honda Monkey 125 merupakan antara model motosikal sesaran kecil yang cukup seronok untuk ditunggang selain Honda Cub dan Honda Grom.
Namun, terdapat satu pakej yang lebih kecil dijual oleh pengeluar motosikal Belgium, iaitu Bluroc.
Model yang dimaksudkan itu ialah X-Bongo 50 yang hadir dengan enjin silinder tunggal sejukan udara 50 cc menghasilkan kuasa 3.2 hp sahaja.
Enjin itu dipadankan dengan kotak gear empat-kelajuan.
X-Bongo 50 dilengkapi dengan fork hadapan terbalik, penyerap hentak berkembar dengan larasan pra-beban, serta sistem brek cakera depan dan belakang.
Biarpun mempunyai rupa retro, Bluroc X-Bongo 50 mendapat kelengkapan moden seperti skrin paparan LCD, soket pengecasan USB, serta sistem pencahayaan LED depan belakang.
Biarpun hadir dengan pakej yang kecil macam Honda Monkey, harganya tidak semurah yang disangka.
Di pasaran Eropah, Bluroc X-Bongo 50 dijual pada harga dari £2,399 (RM13,004).




