Utama Berita Automotif TVS Apache RTX 300 ‘serang’ pasaran Eropah bermula November ini

TVS Apache RTX 300 ‘serang’ pasaran Eropah bermula November ini

8

TVS Motor Company mengesahkan pihaknya akan menawarkan jentera Apache RTX 300 untuk pasaran Eropah, bermula di Itali pada November 2026. 

TVS menggunakan enjin silinder tunggal serba baharu RT-XD4 bersesaran 299.1 cc menghasilkan 36 hp pada 9,000 rpm dan 28.5 Nm pada 7,000 rpm. 

Ia turut mendapat kotak gear enam-kelajuan, klac anti-hopping, serta sistem pendikit ride-by-wire. 

Casis RTX 300 ini ditampung oleh tetapan suspensi WP, terdiri daripada fork teleskopik jenis terbalik 41 mm di depan dan penyerap hentak di belakang, dengan pergerakan suspensi 180 mm depan dan belakang. 

Brek pula mengunakan tetapan rotor 320 mm di depan dan 240 mm di belakang, dibantu dengan sistem ABS Bosch yang boleh dimatikan untuk roda belakang. 

Tangki minyak adalah sebesar 12.5 liter sementara tinggi pelana 835 mm. 

Terdapat dua varian ditawarkan, iaitu Essential dan Adventurer. 

Varian Essential menawarkan sehingga 4 mod tunggangan, skrin paparan 5-inci, sambungan peranti pintar, kawalan jelajah, kawalan cengkaman, serta sistem pencahayaan LED penuh. 

Varian Adventurer pula mendapat tambahan ciri quickshifter dua-arah, sistem pemantauan tekanan tayar, serta suspensi yang boleh dilaras. 

Harga jualan bermula dari €4,890 (RM22,694) untuk varian Essential, dan mencecah €5,290 (RM24,551) untuk versi Adventurer. 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here